Monday, 1 April 2019

Dah masuk minggu ke 6 saya kat Kedah, tapi saya masih tak boleh nak adapt dengan budaya kat sini. Masih tak biasa ke kelas hari Ahad. Cuti Jumaat dan Sabtu. Waktu solat yang lebih lewat dari waktu solat kat Sabah. Kat Sabah, solat Subuh pukul 5 lebih, pukul 6 tu dah start bersiap. Kat sini, kene bersiap dulu pastu solat. Kat Sabah, zuhur pukul 12 lebih, solat dulu pastu makan. Kat sini pula vice versa. Paling tak boleh waktu isyak pukul 8 lebih. Sebab dah terbiasa solat isyak pukul 7 lebih pastu pukul 8 tu dah start study. Hmm kat sini tak tau nak study pukul berapa. Hahahaha. Tapi takpe, saya cuba biasakan diri. Lama kelamaan, biasalah ni. Kan. Lagi sedih, hingga ke hari ni lah ayaq masih takda. Dah nak bulan puasa dah. :') dugaan sungguh tinggal kat sini. Kepada korang yang rasa rasa nak tinggal kat kolej taman universiti (KTU) ni, kenalah bertabah ye. Sorang senior ni bagitau, dulu dia pun stay kat KTU juga. Pastu 3 bulan takde air. Sengsara, bukan? :') tapi en ada hikmah dugaan ni berlaku. Allah rindu sebenarnya dengan hambaNYA. DIA rindu nak dengar rintihan kita. Kita selalu merungut (bukanlah selalu merungut juga), tak pernah nak rasa bersyukur. Apa salahnya kalau kita berdoa, memohon pertolongan dari Allah. Dari Allah dugaan itu datang, dari Allah juga pertolongan itu datang. Bersyukur sangat menjadi salah sorang yang ditimpa masalah takda ayaq ni, sekurang-kurangnya dapatlah juga saya refleks diri sendiri.