Friday, 14 June 2019

SURVIVE AFTER 14 WEEKS! ALHAMDULILLAH.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, week 14 berakhir dengan Bujang Valley competition, submit report stat, forum dan juga cash flow. And my study week is going to start with group project 2 account pula dan kena submit report ent. Takpe, as student, that is normal, right?

So, what I am going to tell you now is......

What I gained after facing the past 14 weeks.

Degree life is difficult, right? I feel it now. Sometimes I feel like i want to stop studying here and go back home helping my mom and grandma to do house chores. It is also difficult but at least it is something that we can do whenever we want without being pushed and stress. Dan jerawat pun tumbuhlah kat muka. There are so many things i learn from the first day I was here until now. I met new friends, learn the culture here, managing my time, how to deal with last minute, handling my stress, rasa tak puas hati dengan kawan, housemate, roommate la... Banyak lagi la..

Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan kawan-kawan yang baik, sporting gila dan yg penting diorang semua memang the best la. Caring, memahami, tak pernah buang muka lagi. Hahaha. Walaupun kadang-kadang diorang tak tegur, tak bermakna diorang sombong, diorang tak suka. Go talk to them, they will treat you nicely. Ada kawan yang memang perform terokss laa. Hahahaha. Dah macam-macam perangai orang saya jumpa. Ada kaki panas baran, serabai, not a morning person, alim. Tapi diorang semua layan saya dengan baik. Tak pernah lagi tak memahami. Bergurau pun tak kasar, tak buat orang makan dalam.

Best tak dapat kawan macam tu?

Hari ni dah termasuk 14 minggu saya kat Kedah. And I'm still learning the culture here. Their foods, place and the most important thing is their accent. If I do not understand what they are talking about, the communication between the Kedahan and me useless la. Hahaha. Orang cakap A, kita faham B. Buat malu je nanti kalau buat2 faham. Tapi en, saya tengah confuse ni. Certain orang kedah ada yang tak tau nak cakap KL ke? Yelah, kalau saya orang Sabah boleh lagi nak cakap KL, faham bahasa KL. Tapi kalau orang tu dah cakap loghat Kedah, satu apa pun saya tak faham. Lagi-lagi kalau loghat orang tu pekat sangat. Faham tak apa yang saya rasa?

And to be honest, saya masih tak biasa dengan cuti Jumaat Sabtu. Masih rasa pelik. Hahaha. Balik Sabah dulu masa cuti raya, saya citer la kat makcik saya. Makcik saya ni keje kat Johor. Saya bagitau lah kat Kedah ni cuti Jumaat Sabtu. Pastu makcik saya cakap, biasalah tu. Negeri yang ada raja memang akan cuti Jumaat Sabtu. Betul ke? Saya tak google lagi pasal ni. Mungkin pasni saya google la. Hehehe (acah-acah rajin nak Google la)

Untuk group assignment pula, orang kata jangan satu group  dengan member yang kita rapat. Sebab nanti ada masalah, gaduh terus bermasam muka. Hahaha... So, for this semester, I team up with my housemate. Alhamdulillah, we can handle every problem. Even not in a good way, but we still talk to each other. Tak puas hati tu memang ada, tapi benda kan boleh settle, buat apa nak gaduh kan? Takdelah. Kitorang macam ni, kitorang tak libatkan masalah dalam hal peribadi kitorang. Kalau nak gaduh pasal assignment, kitorang just gaduh bila bincang pasal tu je. Lain-lain hal, kitorang okay je. Saya tak tipu.

So, rasanya takde masalah en kalau still nak team up dengan orang yang kita rapat. But still, bila kita team up dengan orang yang kita tak biasa, kita akan rasa kelainan dia. Rasa macam kita lebih function doh. Kesimpulannya, korang kenalah fikir dahulu sebelum nak bekerja dengan seseorang. Yang penting, keselesaan kita.

Nak citer pasal teammate saya tapi rasa macam tak elok pula. Takut yang buruk lagi banyak dari yang baik. Bila citer jadi macam tu, takut nanti perasan bagus sangat. Semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat yang tak elok.

This is the end for my sharing. I'm sorry sebab lama sangat tak update post. Saya tak rajin buka blog, tapi saya tetap nak jadi blogger juga. Susah en jadi macam ni. Buanglah rasa malas dari diri ini. Anyway, Happy Eid, everyone! I love you, guys.

No comments:

Post a Comment