I CREATE MY OWN WORLD, I WANT TO BE MYSELF
Kerana isi hati sukar untuk diluahkan, blog ini menjadi tempat melepaskan segalanya. Ini dunia saya.
Friday, 14 June 2019
SURVIVE AFTER 14 WEEKS! ALHAMDULILLAH.
Alhamdulillah, week 14 berakhir dengan Bujang Valley competition, submit report stat, forum dan juga cash flow. And my study week is going to start with group project 2 account pula dan kena submit report ent. Takpe, as student, that is normal, right?
So, what I am going to tell you now is......
What I gained after facing the past 14 weeks.
Degree life is difficult, right? I feel it now. Sometimes I feel like i want to stop studying here and go back home helping my mom and grandma to do house chores. It is also difficult but at least it is something that we can do whenever we want without being pushed and stress. Dan jerawat pun tumbuhlah kat muka. There are so many things i learn from the first day I was here until now. I met new friends, learn the culture here, managing my time, how to deal with last minute, handling my stress, rasa tak puas hati dengan kawan, housemate, roommate la... Banyak lagi la..
Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan kawan-kawan yang baik, sporting gila dan yg penting diorang semua memang the best la. Caring, memahami, tak pernah buang muka lagi. Hahaha. Walaupun kadang-kadang diorang tak tegur, tak bermakna diorang sombong, diorang tak suka. Go talk to them, they will treat you nicely. Ada kawan yang memang perform terokss laa. Hahahaha. Dah macam-macam perangai orang saya jumpa. Ada kaki panas baran, serabai, not a morning person, alim. Tapi diorang semua layan saya dengan baik. Tak pernah lagi tak memahami. Bergurau pun tak kasar, tak buat orang makan dalam.
Best tak dapat kawan macam tu?
Hari ni dah termasuk 14 minggu saya kat Kedah. And I'm still learning the culture here. Their foods, place and the most important thing is their accent. If I do not understand what they are talking about, the communication between the Kedahan and me useless la. Hahaha. Orang cakap A, kita faham B. Buat malu je nanti kalau buat2 faham. Tapi en, saya tengah confuse ni. Certain orang kedah ada yang tak tau nak cakap KL ke? Yelah, kalau saya orang Sabah boleh lagi nak cakap KL, faham bahasa KL. Tapi kalau orang tu dah cakap loghat Kedah, satu apa pun saya tak faham. Lagi-lagi kalau loghat orang tu pekat sangat. Faham tak apa yang saya rasa?
And to be honest, saya masih tak biasa dengan cuti Jumaat Sabtu. Masih rasa pelik. Hahaha. Balik Sabah dulu masa cuti raya, saya citer la kat makcik saya. Makcik saya ni keje kat Johor. Saya bagitau lah kat Kedah ni cuti Jumaat Sabtu. Pastu makcik saya cakap, biasalah tu. Negeri yang ada raja memang akan cuti Jumaat Sabtu. Betul ke? Saya tak google lagi pasal ni. Mungkin pasni saya google la. Hehehe (acah-acah rajin nak Google la)
Untuk group assignment pula, orang kata jangan satu group dengan member yang kita rapat. Sebab nanti ada masalah, gaduh terus bermasam muka. Hahaha... So, for this semester, I team up with my housemate. Alhamdulillah, we can handle every problem. Even not in a good way, but we still talk to each other. Tak puas hati tu memang ada, tapi benda kan boleh settle, buat apa nak gaduh kan? Takdelah. Kitorang macam ni, kitorang tak libatkan masalah dalam hal peribadi kitorang. Kalau nak gaduh pasal assignment, kitorang just gaduh bila bincang pasal tu je. Lain-lain hal, kitorang okay je. Saya tak tipu.
So, rasanya takde masalah en kalau still nak team up dengan orang yang kita rapat. But still, bila kita team up dengan orang yang kita tak biasa, kita akan rasa kelainan dia. Rasa macam kita lebih function doh. Kesimpulannya, korang kenalah fikir dahulu sebelum nak bekerja dengan seseorang. Yang penting, keselesaan kita.
Nak citer pasal teammate saya tapi rasa macam tak elok pula. Takut yang buruk lagi banyak dari yang baik. Bila citer jadi macam tu, takut nanti perasan bagus sangat. Semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat yang tak elok.
This is the end for my sharing. I'm sorry sebab lama sangat tak update post. Saya tak rajin buka blog, tapi saya tetap nak jadi blogger juga. Susah en jadi macam ni. Buanglah rasa malas dari diri ini. Anyway, Happy Eid, everyone! I love you, guys.
Monday, 1 April 2019
Friday, 15 March 2019
So, saya nak bagitau yg saya ni bukanlah seorang yang rajin nak update blog tiap hari. Blog ni pun dah nak dekat satu tahun tak diupdate. Ini adalah post kedua saya, saya nak cerita sikit pasal UiTM Merbok ni.
Dah dua minggu saya kat bumi Kedah ni. First day sampai dekat sini, excited nak mampos. Tapi tak sangka tu hari terakhir saya senyum gembira.
Saya student Bachelor in Accountancy, student penerapan yang dicampakkan ke Kedah. Jauh sangat dari Sabah. Silap saya sendiri, tak letak alamat rumah kat Sabah. Masa hari pendaftaran tu, saya bangunlah awal sikit. Dari SP Sentral ke UiTM Merbok, takdelah jauh mana pun. Adalah dalam 10 minit gitu. And guess what? Saya sampai terlalu awal! Weh, pendaftaran pukul 8 pagi, saya dah terpacak depan bangunan pentadbiran pukul 7. Ha Ha Ha! Saya bukannya semangat nak mendaftar pun, tapi sebab nak berebut kolej taman universiti (KTU) punya pasal. So, daftar punya daftar, selesailah urusan saya tepat pukul 10 pagi. Nak nangis weh. Penat! Beg kain saya pun dah terkoyak.
Lepas simpan barang en, saya ikutlah kawan jalan pegi bandar. Alah dekat Sungai Petani je. Tapi sebab nak cari DIY, kitorang jalan sampai ke Gurun. Actually kitorang pegi kat Amanjaya Mall, and dekat mall tu ada mall lain lagi. Ada DIY pula tu! Susah-susah je datang Gurun. Huarghhh!!!! And end up, lepak rumah kawan sat. Pastu masa nak balik KTU, ayah dia bawalah jalan pusing sawah padi, kelapa sawit, pokok getah dan last sekali, laut. Tetibe je rindu UiTM KK. Uhuks.. Masa tengok laut tu en, dah rasa macam kat hujung dunia hahahahaha. Luas je laut tu. Takut pula.
Dalam pukul 4 lebih gitu, kitorang balik KTU la. And berkenalan dgn housemate-housemate yg comel-comel semuanya. Dalam satu rumah tu ada 10 penghuni. Ada dari Sabah, Selangor, Perak, Terengganu dan Pahang. Alhamdulillah, housemate sumenya baik-baik. Sape yg nak sambung study tu tapi loner, rilek ye. InsyaAllah korang dapat jumpa kawan yg friendly. Ehek >.<
Okay, so disini penderitaan saya bermula... :')
Takdelah derita sangat pun. Cuma from the first day saya jejakkan kaki kat sini, ayaq takda weh. For your information, dah 3 minggu saya kat sini and dalam 3 minggu tu juga la saya angkat baldi. Kesabaran saya diuji disini. Adakah selama ni saya bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan? Selama ni merasa air free, bersih, air besar pula tu. Tapi sekarang semuanya dah berubah 360 darjah. Sejujurnya, saya memang rasa nak nangis, tapi bila fikir 'mesti ada orang yg lebih susah dari saya', saya kuatkan hati utk terus hadap masalah ni. Ada je terfikir nak cari rumah sewa kat tempat lain, tapi sebab takde transport and nak cari rumah sewa tu bukannya senang, saya tetap tinggal kat KTU ni.
Tu je lah. So, kepada sesiapa yg dapat UiTM Merbok nie, kene la ambik tau apa masalah kat sini. Supaya takdelah korang merungut kat sini. Kan? Janganlah google tengok persekitaran UiTM Merbok ni lawa ke tak. Haaa... Lawa tu memang lawa. Serious, memang lawa. Hehehe.. Staff kat sini pun sumenya baik-baik.. Makanan kat sini pun ada yang murah. Hah, tempat makan favourite saya adalah depan UiTM. Makanan kat sana memang murah gila. Ayam goreng pun RM2 je. Sedap pula tu.
Okay tu jelah setakat ni.. Nanti saya akan update apa yg menarik kat UiTM Merbok ni eh. Hehe padahal tadi dah tulis nak citer pasal UiTM. Last2 citer pasal pengalaman masa saya jejakkan kaki kat Kedah. >.< Sorry weh... T_T
Terima kasih kerana sudi membaca. Muah ciked!
Saturday, 31 March 2018
#1
Assalamualaikum, hai!
Sebelum saya mula, ingin saya beritahu yang saya nie sabahan. So, apa yang saya cuba sampaikan nie, memang 100% slang saya la. Harap sesiapa yang menyinggah blog saya nie, faham lah dengan bahasa yang saya guna. 😅
Bila orang buat blog sendiri, memang bersebab la tu kan. Ada yang suka suki jak mau buat. Ada yang konon-konon buat sebab tempat untuk meluah. Kan kan kan? Biasa suda dengan sebab-sebab diorang nie. Saya buat blog sebab apa pula?
Sebab saya buat blog nie mungkin lebih kepada tempat untuk meluah. Mungkin lah. Walaupun saya rasa tidak. Tapi hakikatnya memang untuk meluah lah. Saya cipta dunia saya untuk menjadi siapa saya sebenarnya. Sebab manusia penuh dengan hipokrit, tapi mesti akan ada waktu tertentu manusia jadi diri mereka yang sebenarnya. Same as me lah. Saya harap dengan buat blog nie dapat lah juga capai objektif saya.