Friday, 15 March 2019

Assalamualaikum...

So, saya nak bagitau yg saya ni bukanlah seorang yang rajin nak update blog tiap hari. Blog ni pun dah nak dekat satu tahun tak diupdate. Ini adalah post kedua saya, saya nak cerita sikit pasal UiTM Merbok ni.

Dah dua minggu saya kat bumi Kedah ni. First day sampai dekat sini, excited nak mampos. Tapi tak sangka tu hari terakhir saya senyum gembira.

Saya student Bachelor in Accountancy, student penerapan yang dicampakkan ke Kedah. Jauh sangat dari Sabah. Silap saya sendiri, tak letak alamat rumah kat Sabah. Masa hari pendaftaran tu, saya bangunlah awal sikit. Dari SP Sentral ke UiTM Merbok, takdelah jauh mana pun. Adalah dalam 10 minit gitu. And guess what? Saya sampai terlalu awal! Weh, pendaftaran pukul 8 pagi, saya dah terpacak depan bangunan pentadbiran pukul 7. Ha Ha Ha! Saya bukannya semangat nak mendaftar pun, tapi sebab nak berebut kolej taman universiti (KTU) punya pasal. So, daftar punya daftar, selesailah urusan saya tepat pukul 10 pagi. Nak nangis weh. Penat! Beg kain saya pun dah terkoyak.

Lepas simpan barang en, saya ikutlah kawan jalan pegi bandar. Alah dekat Sungai Petani je. Tapi sebab nak cari DIY, kitorang jalan sampai ke Gurun. Actually kitorang pegi kat Amanjaya Mall, and dekat mall tu ada mall lain lagi. Ada DIY pula tu! Susah-susah je datang Gurun. Huarghhh!!!! And end up, lepak rumah kawan sat. Pastu masa nak balik KTU, ayah dia bawalah jalan pusing sawah padi, kelapa sawit, pokok getah dan last sekali, laut. Tetibe je rindu UiTM KK. Uhuks.. Masa tengok laut tu en, dah rasa macam kat hujung dunia hahahahaha. Luas je laut tu. Takut pula.

Dalam pukul 4 lebih gitu, kitorang balik KTU la. And berkenalan dgn housemate-housemate yg comel-comel semuanya. Dalam satu rumah tu ada 10 penghuni. Ada dari Sabah, Selangor, Perak, Terengganu dan Pahang. Alhamdulillah, housemate sumenya baik-baik. Sape yg nak sambung study tu tapi loner, rilek ye. InsyaAllah korang dapat jumpa kawan yg friendly. Ehek >.<

Okay, so disini penderitaan saya bermula... :')

Takdelah derita sangat pun. Cuma from the first day saya jejakkan kaki kat sini, ayaq takda weh. For your information, dah 3 minggu saya kat sini and dalam 3 minggu tu juga la saya angkat baldi. Kesabaran saya diuji disini. Adakah selama ni saya bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan? Selama ni merasa air free, bersih, air besar pula tu. Tapi sekarang semuanya dah berubah 360 darjah. Sejujurnya, saya memang rasa nak nangis, tapi bila fikir 'mesti ada orang yg lebih susah dari saya', saya kuatkan hati utk terus hadap masalah ni. Ada je terfikir nak cari rumah sewa kat tempat lain, tapi sebab takde transport and nak cari rumah sewa tu bukannya senang, saya tetap tinggal kat KTU ni.

Tu je lah. So, kepada sesiapa yg dapat UiTM Merbok nie, kene la ambik tau apa masalah kat sini. Supaya takdelah korang merungut kat sini. Kan? Janganlah google tengok persekitaran UiTM Merbok ni lawa ke tak. Haaa... Lawa tu memang lawa. Serious, memang lawa. Hehehe.. Staff kat sini pun sumenya baik-baik.. Makanan kat sini pun ada yang murah. Hah, tempat makan favourite saya adalah depan UiTM. Makanan kat sana memang murah gila. Ayam goreng pun RM2 je. Sedap pula tu.

Okay tu jelah setakat ni.. Nanti saya akan update apa yg menarik kat UiTM Merbok ni eh. Hehe padahal tadi dah tulis nak citer pasal UiTM. Last2 citer pasal pengalaman masa saya jejakkan kaki kat Kedah. >.< Sorry weh... T_T

Terima kasih kerana sudi membaca. Muah ciked!










No comments:

Post a Comment